rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Belanja duit untuk jimat duit — berbaloi ke?”

Sejak kebelakangan ni, makin ramai mula rasa tekanan kos sara hidup.

Harga minyak naik.

Bil elektrik pun makin terasa.

Dan secara semula jadi, ramai mula cari jalan untuk “optimize” perbelanjaan.

Kita mula nampak trend:

Jual kereta diesel → tukar ke EV

Jual kereta mahal → ambil kereta lebih murah

Pasang solar dekat rumah

Semua dengan satu niat yang sama sebab nak kurangkan komitmen bulanan. Sekali pandang, nampak macam ini adalah keputusan yang bijak. Logiknya pun masuk akal. Sebab kita dapat jimat bulan2. Kan cashflow adalah benda paling penting dalam pengurusan kewangan?

Tapi soalan yang jarang kita tanya sebelum buat keputusan tu adalah, betul ke kita jimat?

Konsep “belanja duit untuk jimat duit” sebenarnya bukan benda yang salah. Malah dalam banyak situasi, ia memang strategi kewangan yang bijak.

Masalahnya bukan pada konsep. Masalahnya pada cara kita menilai keputusan tu. Ramai orang buat keputusan berdasarkan satu angka sahaja:

“Berapa aku boleh jimat setiap bulan?”

Sedangkan dalam dunia kewangan, soalan yang lebih penting ialah:

“Berapa lama masa yang aku perlukan untuk dapat balik duit yang aku keluarkan?”

Ambil contoh pasang solar.

Kos RM 20,000.

Jimat bil elektrik RM500 sebulan.

Nampak menarik kan? Tapi bila kita kira:

Setahun boleh jimat RM6,000. Ambil masa lebih kurang 3-4 tahun untuk break even.

Jadi persoalannya:

Rumah tu kau akan duduk selama tu?

Ada kos maintenance?

Ada kemungkinan inverter rosak?

Polisi tarif elektrik akan berubah?

Kalau jawapan kepada soalan-soalan ni tak jelas,

keputusan tu sebenarnya lebih berisiko dari yang kita sangka.

Perkara yang sama berlaku bila orang tukar ke EV.

Ramai nampak:

“Tak payah isi minyak, jimat banyak.”

Memang betul. Tapi dalam masa yang sama:

Harga kereta lebih tinggi

Depreciation belum stabil

Kos bateri kalau rosak bukan kecil

Infrastruktur charging belum menyeluruh

Jadi “penjimatan” tu bukan semudah yang kita bayangkan.

Ada juga yang ambil langkah jual kereta mahal, tukar ke kereta lebih murah.

Ini nampak paling straight forward. Bayaran bulanan turun. Rasa lega.

Tapi kita jarang kira:

Kerugian masa jual kereta lama

Duit tambahan yang perlu dikeluarkan

Loan baru → interest cycle bermula semula

Akhirnya, kita nampak jimat RM500–RM600 sebulan…

Sedangkan dari sudut net worth, tak banyak pun berubah.

Di sinilah ramai orang terperangkap:

Saving sebenar vs rasa jimat.

Kadang-kadang kita bukan jadi lebih kaya,

kita cuma rasa lebih selesa dari segi cashflow.

Dan itu tak salah.

Tapi kita kena jujur, adakah keputusan ini betul-betul menguatkan kewangan kita, atau sekadar memberi kelegaan sementara?

⚠️ Satu perkara yang sangat penting (dan selalu diabaikan)

Konsep “belanja untuk jimat” ini hanya sesuai dalam keadaan kewangan yang betul.

Kalau:

simpanan kecemasan dah cukup

ada lebihan tunai

aliran kewangan stabil

Maka ya, strategi ini boleh digunakan dengan baik.

Tapi kalau:

simpanan kecemasan pun belum cukup

duit cukup-cukup makan

margin kewangan sangat nipis

Dan kita tetap nak guna konsep yang sama…

Itu sebenarnya mengundang risiko besar.

Bayangkan situasi ni:

Sebelum buat keputusan, kau ada simpanan. Kalau apa-apa jadi, kau masih boleh bertahan beberapa bulan.

Tapi lepas kau keluarkan duit untuk:

tukar kereta

pasang solar

atau buat komitmen baru

Tiba-tiba keadaan berubah:

Cashflow nampak lebih ringan tapi safety net dah hilang.

Dan dalam kehidupan sebenar, risiko bukan sesuatu yang “kalau”. Ia sesuatu yang “bila”.

Bila income terganggu

Bila sakit

Bila keluarga perlukan bantuan

Masa tu, yang menyelamatkan kita bukan penjimatan bulanan, tapi simpanan yang kita ada. Jadi daripada boleh survive lama, kita mungkin terus hilang kemampuan untuk bertahan. Inilah yang orang selalu tak nampak.

🧠 Ini bukan sekadar soal jimat. Ini soal keseimbangan antara efficiency dan survivability.

Kadang-kadang:

tak jimat sangat pun tak apa

asalkan kita ada buffer

asalkan kita ada ruang untuk bernafas

Sebab dalam realiti kewangan,

Orang jarang jatuh sebab tak cukup jimat.

Orang jatuh sebab tak cukup cushion bila benda tak dijangka berlaku.

Sebelum buat apa-apa keputusan besar, cuba tanya diri sendiri:

Berapa jumlah kos sebenar yang aku kena keluarkan?

Berapa lama untuk break even?

Simpanan kecemasan aku cukup tak?

Apa jadi kalau income aku terganggu?

Keputusan ni buat aku lebih stabil… atau lebih fragile?

Akhirnya…

“Belanja duit untuk jimat duit” memang boleh jadi langkah yang bijak. Tapi hanya kalau dibuat:

pada masa yang betul

dalam keadaan kewangan yang stabil

dengan kiraan yang jelas

Kalau tidak, ianya boleh jadi keputusan mahal yang bukan saja tak membantu tapi akhirnya makan tuan.

P/S: 6 bulan lepas tukar dryer lama kepada dryer yang jimat elektrik, memang dapat kurangkan bil elektrik bulanan dalam 400-500 sebulan, walaupun kena keluarkan dalam RM 3,100 selepuk. Tapi tempoh bayaran balik dia cuma dalam 7-8 bulan, dan tak kacau simpanan kecemasan pun, sebab tu saya proceed untuk buat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *