rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Tiap kali menyenangkan hati isteri, maka rezeki suami akan terus mengalir deras”

Ayat pertama tu sedap didengar, tapi kalau kita tak letak dalam konteks yang betul, boleh jadi salah faham.

Rezeki bukan “reward system” automatik setiap kali kita buat sesuatu. Rezeki juga tak terhad kepada kekayaan ataupun pendapatan sahaja.

Rezeki yang kita dapat ni semuanya dari Allah. Noktah.

Tapi dalam masa yang sama, Islam ajar kita tentang asbab (sebab-sebab) dan adab dalam kehidupan.

Menyenangkan hati isteri itu bukan “formula tarik rezeki”, tapi ia adalah tanggungjawab, kasih sayang, dan ihsan dalam rumah tangga.

Dan bila rumah tangga tenang:

– emosi lebih stabil

– fikiran lebih fokus

– keputusan kewangan lebih matang

– hubungan lebih harmoni

Semua ni secara tidak langsung boleh membantu kita urus rezeki dengan lebih baik. Part ni memang saya setuju dan saya praktikkan. Saya percaya bila saya tak berkira dengan isteri dan anak-anak, dan tak berkira dalam membantu orang yang memerlukan bantuan, Allah akan memudahkan urusan saya dengan secara tak langsung, tapi itu tak bermaksud ‘rezeki saya menjadi lebih deras’ semata-mata kerana saya buat benda tu.

Jadi bukan sebab “buat A → terus dapat B”. Tapi lebih kepada: kita jaga hubungan, kita baiki diri, kita buat yang betul dan Allah beri rezeki melalui jalan yang Dia kehendaki.

Akhirnya, kita kena hati-hati dengan ayat-ayat yang nampak macam “shortcut ke rezeki”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *