rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Gaji RM 21,000 sebulan pun, tak lepas nak apply financing

Terkejut ke baca? Untuk aku, tak pun. Sebab dah selalu nampak

Ini lah kes, yang orang cakap lagi besar periuk dia, lagi banyak kerak dia.

Jom tengok fakta dulu.

Gaji kasar – RM 21,000

EPF – RM 2,310

SOCSO / EIS – RM 42

PCB / Zakat – RM 3,533 (estimate – selalunya syarikat akan deduct lebih sebab tu orang ada refund)

Gaji bersih – RM 15,115

Komitmen – RM 7,000 sebulan tak masuk kad kredit

Kad kredit, baki ada RM 20,000. Komitmen akan kira berdasarkan 5%, jadi RM 1,000 sebulan.

Kalau ikut kira2 macam ni, komitmen bulanan dia dalam RM 8,000

Kita tengok DSR dia berapa pulak.

RM 8,000 / RM 15115, dalam 52.9% (masih bawah threshold 60%)

Jadi kenapa financing tak lepas?

1. Amaun yang dia nak apply tu menyebabkan dia akan exceed 60%.

2. Ada potongan lain atas payslip dia yang menyebabkan gaji bersih dia lagi rendah dari apa yang aku kira dekat atas tu.

3. Dia ada ambik BNPL, jadi walaupun dalam statement tunjuk RM 20,000 balance kad kredit dia, total outstanding masuk jumlah BNPL mungkin lagi tinggi.

4. CCRIS dia tak cantik, ada lompong sana sini (possible jer walaupun gaji tinggi)…

Kesimpulannya,

Ramai orang punya mindset, lagi tinggi pendapatan aku, lagi senang aku nak uruskan kewangan. Sebab aku akan ada duit lebih untuk nak belanja, bayar hutang, simpan.

Tapi dalam realiti, yang sebaliknya akan terjadi. Lagi tinggi pendapatan kita, lagi tinggi nafsu kita, lagi banyak yang kita nak beli.

Contoh lah, kalau masa kerja gaji RM 3,000, tak makan wagyu pun, sebab tak mampu. Ye lah sekali keluar makan wagyu 5-10% dari gaji akan hilang. Tapi bila dah gaji RM 10,000, kita akan fikir, apa salahnya sekali sekala pergi makan wagyu.

Sama juga, masa gaji RM 3,000, pakai Axia pun jadilah, asal ada kereta nak ke sana sini. Naik gaji RM 10,000, mana kelas bawak Axia, tak sama level. Kena bawak Honda ke Toyota ke, baru orang nampak aku dah berjaya.

Selagi kita tak dapat kawal nafsu, selagi tu lah, kita punya pendapatan naik macam mana pun, kita takkan dapat kawal perbelanjaan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *