Masa kecik2 dulu, kalau dengar RM 1 juta, kita akan rasa fuh, kaya gila orang tu. Kira kalau dapat RM 1 juta, kira set for life. Dan mungkin betul, kalau 30-40 dulu RM 1 juta tu dah kira cukup. Tapi sekarang dia bergantung kepada beberapa faktor.
Faktor pertama – Pulangan atas Pelaburan
Bila kita cakap pasal perancangan persaraan, ada dua cara pengiraan.
1. Capital Liquidation
2. Capital Preservation
Mula2 nak kira guna Capital Preservation dulu, sebab kira2 dia mudah.
Kalau kita letak duit kita dalam instrumen yang bagi 3% setahun, kita akan dapat RM 30,000 ataupun RM 2,500 sebulan.
Kalau letak dalam 5% setahun dapat RM 50,000 atau RM 4,167 sebulan
Kalau 7% setahun dapat RM 70,000 ataupun RM 5,833 sebulan.
Logik dia lagi tinggi pulangan pelaburan, lagi banyak duit kita boleh belanja bulan2 selepas bersara dengan tak perlu sentuh baki asal.
Tapi kalau kita guna Capital Liquidation method, kita kena tambah lagi satu faktor, iaitu berapa lama kita nak duit tu bertahan, contoh 30 tahun lepas bersara
Kalau 3%, boleh belanja RM 4,206 sebulan
Kalau 5%, boleh belanja RM 5,368 sebulan
Kalau 7%, boleh belanja RM 6,653 sebulan
Memang dpt belanja lebih, tapi duit akan habis lepas 30 tahun tu.
Faktor kedua – Gaya hidup
Kalau kita dapat 3% setahun, tapi gaya hidup kita lebih dari RM 5,000 sebulan, agak2 cukup ke tak duit kita? Cukup jer, cuma dia akan habis lagi cepat lah sebab kita belanja lebih dari apa yang pelaburan kita hasilkan.
Ada orang akan cakap, buat apa nak berjimat, rumah kata pergi, kubur kata mari. Betul lah tu. Duit korang, buatlah apa yang korang nak.
Tapi ada dua benda yang ramai orang lupa ambil kira bila kira pasal perbelanjaan
1. Inflasi
2. Zakat
Kalau inflasi 3%, zakat 2.5%, kalau pulangan yang dapat dari pelaburan bawah 5%, senang cerita duit RM 1 juta tu akan habis dengan lagi cepat.
Pasal inflasi tu mungkin benda luar kawalan kita, tapi pasal zakat ada pilihan.
Option 1 – Letak semua dalam TH /AHB
Tabung Haji bagi average 3% setahun, tapi dah siap zakat, jadi nilai duit kita akan susut setiap tahun disebabkan inflasi, tapi baki asal masih kekal.
AHB pula bagi average 5% setahun, sama mcm TH dah siap zakat, jadi duit baki yg RM 1 juta tu masih kekal dan dapat mengalahkan inflasi yang 3% tu.
Option 2 – Guna ASB
ASB bagi average 5-6% setahun, skrg kena bayar zakat atas dividen sahaja. Hanya dengan ASB kalau baru nak mula, max boleh letak RM 300,000 jer dalam ASB 1 dan RM 300,000 dalam ASB 2. Jadi ada dalam RM 400,000 lagi kena cari tempat nak letak
Option 3 – Guna EPF
EPF boleh bagi average 6% setahun, tapi lepas dah bersara, kena bayar zakat atas semua amaun dalam akaun. Jadi jumlah bersih dapat dalam 3.5% setahun (kira2 mudah). Masih boleh lawan inflasi 3% setahun.
Option lain – Emas / Saham / Crypto / P2P / Private Equity etc
Boleh bagi return lagi tinggi, tapi kena bayarkan zakat, return tak tentu, dan ada juga yang kena bayar cukai atas dividend/ pendapatan yang dapat.
Faktor ketiga – Pengurusan kewangan
Memang kita start dengan RM 1 juta. Tapi sebelum kita bersara tu, kita dah biasa dengan dapat gaji bulan2. Kita uruskan kewangan kita berdasarkan gaji yang kita dapat.
Lepas dah bersara, kalau kita ada RM 1 juta, tu jer amaun yang ada.
Kalau kita belanja lebih, mcm belanja kahwin anak2, buat reno rumah, dh tkde duit masuk untuk ganti.
Kalau kita salah percaturan, labur tempat salah, masuk scam, bagi pinjam dekat orang, invest masuk bisnes lepas tu rugi, dh takde juga duit masuk untuk ganti
Kalau hutang masih ada masa bersara, kena kira betul2 sama ada patut jer kita teruskan bayar balik bulan2 sampai habis atau bayar hutang tu habis, sebab kalau salah kira, duit yang keluar tu tak datang balik.
Kesimpulannya, tak kira lah kita bersara dengan berapa banyak pun, faktor2 dekat atas ni sama jer. Cuma lagi banyak kita ada, ada lah kelebihan berbanding yang ada sedikit.
Kenapa saya guna RM 1 juta?
Sebab saya dah pernah kira, insyaallah semua orang yang kerja makan gaji yang carum dekat EPF mampu cecah simpanan RM 1 juta kalau dia dapat uruskan kewangan dia dengan berhemat dari mula start kerja sampai dia bersara.
