rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Belanja nikah RM 1+++ jer…

Tahniah dekat pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan. Moga2 terus bahagia sampai ke jannah

Nampak screenshot ni dekat wall Nurul Husna Jaafar , terus copy dan save sebah impressed dengan pasangan ni yang ok jer nak ada benda yang basic untuk hari yang ramai orang rasa penting.

Kawan2 pun sanggup jadi photographer tak berbayar sebab nak celebrate hari yang penting untuk kawan diaorang.

Aku bukan nak suruh semua orang spend sikit2 untuk kahwin. Jangan salah faham. Macam biasa, kita spend ikut kemampuan.

Aku dulu spend dalam RM 25,000 untuk tunang, nikah dan kahwin. Nampak banyak kan?

Tapi kalau aku bagitau, sebelum keluarkan duit tu, aku dah settlekan downpayment rumah dengan downpayment kereta (oh, Perodua Kelisa kesayanganku), ok ke tak pada pendapat korang?

Duit semua tu tak datang dari pinjaman / pembiayaan tapi datang dari simpanan yang aku kumpul masa aku belajar dekat uni.

Aku ada kesedaran awal yang aku nanti aku kena jadi independent lepas habis belajar, aku kena ada rumah sendiri, kena ada kereta sendiri dan ada keluarga aku sendiri. Jadi aku kerja part time waktu dekat uni supaya boleh kumpul cukup duit untuk nak buat semua tu.

Kepada semua student2 dekat universiti sekarang ni, aku sarankan kalau boleh, simpanlah duit takat mana yang boleh. Benda yang korang start awal ni boleh bantu korang capai matlamat2 korang lagi cepat.

Tapi pada masa yang sama, faham untuk bezakan antara keperluan dengan kemahuan.

Kita hidup ni, jangan sibuk sangat nak hidup untuk impresskan dekat orang lain, sampai diri kita sendiri yang suffer nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *