Kadang2 bila jumpa prospek baru, dia akan tanya, apa yang akan dibincangkan bila jumpa financial planner.
Sebenarnya, apa2 pun boleh bincang selagi mana benda tu berkait dengan kewangan peribadi korang.
Contoh mcm klien ni,
untuk sesi yang terbaru, dia ada hantar siap2 6 soalan yang dia nak bincang/ nak nasihat apa yang dia patut buat. Bila jadi financial planner, dapat agenda sebelum meeting ni macam soalan bocor, jadi kita pun boleh prepare in advance (kalau perlu).
Summary dari perbincangan dengan klien ni
1. Boleh jer letgo polisi lama sebab bukan polisi medical pun, takde kaitan dengan maturity of the policy. Tapi kita explain betul2 dulu supaya klien betul2 faham.
2. Bila check cashflow (klien single), dia belanja makan dengan groceries dekat RM 2,100 sebulan. Jadi bila bincang dengan dia, dia agree untuk cut daily food expenses dari RM 70 sehari jadi RM 50 sehari. Antara sebab tinggi sikit, sebab dia suka dessert, lagi2 aiskrim. Tapi bila tanya, dia tak kisah pun aiskrim mahal atau murah, janji dapat makan. Kan senang.
3. Soalan paling mudah. Confirm kena settlekan kad kredit dulu dari menyimpan. Sebab balance kad kredit kena dekat 1.5% sebulan atas baki outstanding. Versa paling tinggi pun mungkin 0.35% sebulan jer. Tolong lah bagi soalan yang susah sikit.
4. Invest gold is good. Cuma EPP ni kita lock price siap2. Kalau lock price masa harga rendah best lah kan. Kalau masa lock price harga tinggi, kurang masyuk. Advice dekat dia, teruskan jer simpan bulan2 for now, at least boleh average out the cost sebab kita pun tak sure harga emas naik turun macam mana exactly.
5. Soalan mudah lagi. Of course kena review cashflow paling minimum setahun sekali. Next.
6. Yang ni maklumat tak lengkap. Sebab dia tk tahu berapa bulan lagi dia kena bayar. Jadi kita suruh confirmkan dengan bank. Satu brp bulan lagi, yg kedua kalau buat settlement berapa kena bayar. Once dah dapat info tu, kita discuss balik.
Inilah contoh, discussion antara seorang financial planner dengan klien dia. Bukan semata2 cakap pasal produk mana yang kena ambik. Fokus kita adalah macam mana nak bantu klien uruskan kewangan dia dengan lebih teratur supaya boleh capai matlamat diaorang dengan lebih lancar.
