rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Selangor mempunyai kadar tertinggi bankruptcy dalam Malaysia.

Tadi dapat request dari BFM untuk sesi petang ni pukul 530 petang pasal topik ni. Kita dah agree untuk nak hadir.

Jadi kalau berminat nak tahu apa jawapan dia, boleh dengar BFM petang ni dalam beberapa minit lagi.

Saya kongsikan beberapa pemerhatian penting untuk renungan kita bersama 👇

1️⃣ Kenapa Selangor paling tinggi kes bankrap?

Tak terlalu mengejutkan. Selangor ialah negeri paling urban, kos sara hidup tinggi, dan akses kepada pinjaman sangat mudah.

Masalah biasanya bukan satu hutang besar, tetapi banyak hutang kecil yang terkumpul tanpa disedari.

2️⃣ Kenapa ramai penjawat awam terlibat?

Pendapatan tetap memudahkan kelulusan pinjaman.

Potongan gaji bulanan pula beri rasa “selamat”, walhal jumlah hutang sebenar makin membesar. Ini gabungan masalah sistem + tabiat kewangan.

3️⃣ Penjawat awam biasanya berhutang untuk apa?

Kebanyakannya:

Pembiayaan peribadi

Kereta

Pendidikan anak

Perubatan

Bantu keluarga

Bukan untuk kemewahan, tetapi menampung kehidupan + gaya hidup yang naik perlahan-lahan.

4️⃣ Gaji tak naik, kos hidup naik

Struktur gaji penjawat awam sama di seluruh negara, tetapi kos hidup Selangor jauh lebih tinggi. Masalah bermula bila komitmen bulanan jadi terlalu rigid dan tiada ruang bernafas bila berlaku kejutan hidup.

5️⃣ Program literasi kewangan – cukup ke?

Ilmu itu penting, tapi ilmu sahaja tak ubah tingkah laku.

Ramai yang bankrap bukan sebab tak pandai kira, tapi sebab buat keputusan ketika tertekan, takut, atau terdesak.

6️⃣ Kenapa kerajaan fokus pemulihan, bukan hukuman?

Kerana hukuman tak menyelesaikan masalah. Keluarga yang rosak tak mampu bayar hutang. Keluarga yang dipulihkan, mungkin boleh bangkit semula.

7️⃣ Kesihatan mental diiktiraf dalam pelepasan bankrap – besar maknanya

Ini langkah matang. Masalah kewangan dan mental saling berkait. Kita kena fokus untuk pulihkan orang yang mempunyai masalah kewangan, bukannya terus menghukum mereka.

8️⃣ Apa lagi yang kita perlukan?

Bukan lebih banyak ceramah, tapi:

Pemeriksaan kesihatan hutang lebih awal

Amaran sebelum terlalu banyak pinjaman

Kaunseling kewangan mampu milik

Intervensi sebelum bankrap, bukan selepas

📌 Kesimpulan

Statistik bankrap bukan sekadar angka.Ia cerminan tekanan hidup sebenar rakyat. Kalau kita dengar lebih awal, kita boleh cegah lebih banyak kerosakan — bukan sekadar membaiki selepas semuanya runtuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *