rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Lelaki lagi sanggup berhutang puluhan ribu untuk kereta tapi berkira bagi duit hantaran wanita.

Sekali baca macam dia nak bandingkan kereta dengan isteri. Senang cerita, lelaki lagi sanggup bergolok bergadai untuk kereta tapi bukan untuk isteri.

Kita cuba bandingkan dari segi kewangan. Sebab dia cakap sanggup berhutang.

Katakan dia beli kereta Axia lah, dalam RM 35,000. Downpayment 10%, tempoh pembiayaan 9 tahun, dan kadar keuntungan dalam 3%

Bulan2 dia akan bayar dalam RM 371

Kalau dia tak kumpul duit dan ambik pembiayaan peribadi. Dalam RM 31,500 untuk belanja kahwin, tempoh pembiayaan 10 tahun, dan kadar keuntungan 6%.

Dia bayar dalam RM 420 sebulan walaupun bayar extra setahun.

Dari segi pembayaran bulanan pun dah tinggi sikit.

Nota: Saya tak cadangkan sesiapa untuk beli kereta 9 tahun ataupun ambik pembiayaan peribadi untuk bayar kos perkahwinan ya. Kena cakap, kalau tak, takut ramai pembaris.

Saya rasa dari segi kewangan, mcm tak beza sangat beli kereta dengan ambik hutang untuk bayar hantaran.

Jadi kenapa orang berkira?

Pada masa mungkin pada nilai yang diaorang tetapkan pada perbelanjaan tu.

Mungkin bila beli kereta tu, diaorang fikir, tu kereta nak bawak pergi kerja, pergi kedai, balik kampung, bawak isteri, anak2 etc… Bukannya semata2 untuk kegunaan sendiri. Sebab tu diaorang rasa tu macam keperluan.

Bagi saya, untuk hantaran kepada bakal isteri, bagilah apa yang kita mampu. Takyah sampai nak berhutang. Bakal isteri pun kena faham keadaan kewangan bakal suami dia. Nak ke sebab nak tunjuk bakal suami tu betul2 sayang dekat kita, dia nak bergolok bergadai sebab nak bagi hantaran yang tinggi yang dia tak mampu?

Nanti bila korang dah hidup bersama, tanggungjawab suami dah nak kena sediakan rumah, kereta makanan, pakaian untuk korang juga.

Macam pernah share sebelum ni, benda pasal kewangan korang sebelum buat keputusan untuk berkahwin tu bincang lah betul2. Share semua benda, supaya benda pasal kewangan ni tak jadi isu lepas dah kahwin nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *