Ternampak screenshot ni masa browse FB. Secara amnya, dia cakap yang generasi atuk nenek kita, mak bapak kita, ramai tak berpisah disebabkan financially dependent. Sebab yang isteri selalunya tak bekerja dan duduk rumah saja. Suami saja yang keluar cari sumber pendapatan untuk tanggung keluarga.
Bila baca ni, aku terfikir kejap. Betul ke statement ni?
Check jap dengan data, dia cakap untuk 50 tahun kebelakangan ni, memang ratio penceraian dekat Malaysia dalam trend menaik. Dan sebab utama, dalam 43% (walaupun xde dalam database DOSM), adalah sebab kewangan.
Memang ada sebab2 lain macam ketidaksehafaman, curang, keganasan rumah tangga dan lain2 lagi, tapi faktor kewangan masih jadi sebab utama. Antara sebab dia adalah kos sara hidup yang makin tinggi, financial infidelity, buat hutang yang melampau nak macam2 lagi.
Jadi, kalau suami isteri dua2 bekerja, dan sebab utama penceraian adalah kewangan, adakah hipotesis yang orang tu cakap kurang tepat?
Sebab aku tengah tengok satu K Drama skrg ni, banyak juga dia represent current issues dalam keluarga yang orang lalui.
Contoh, main character dia cakap tak nak kahwin sebab bila kahwin akan rosak financial dia sebab kos etc. Sebab kos sara hidup makin tinggi.
Dekat sana, bila diaorang guna matchmaking agency, dia cakap, nak cari pasangan yang sama taraf.. Kalau suami kerja bagus, nak isteri yang kerja bagus juga untuk ada kehidupan yang lagi selesa.
Pada aku personally, sebab ramai orang masih dengan isu lelaki provider etc… Perkahwinan tak sepatutnya disebabkan hanya keselesaan dari segi kewangan. Kita kahwin sebab kita nak cari pasangan hidup. Someone yang akan sanggup bersama dengan kita, nak grow sama2, yang sayang kita macam mana yang kita sayang dia.
Kalau kita tengok perkahwinan dari lensa kewangan sahaja, bila Allah tarik keselesaan kita, adakah kita akan terus menyerah kalah dan cakap, sampai sini sahaja perkahwinan kita?
