Ada orang share yang isteri dia dapat bonus dan asalnya plan nak hidup jimat cermat untuk 2026 sebab tahun 2025 travel tiap2 bulan. Lepas sehari dua, dia masukkan cuma 20% dari duit bonus tu, gang lain dia guna beli tiket kapal terbang.
Alasan yang dia bagi? Kalau esok lusa mati, tak sempat guna duit bonus.
Ada beberapa benda yang nak komen dekat sini.
Satu, sebagai seorang perancang kewangan, aku tak ambil data bonus mana2 klien.
Kenapa?
Sebab bonus ni tak tetap, ada tahun ada, ada tahun takde. Ada tahun banyak, ada tahun sikit. Aku akan tolong klien uruskan kewangan dengan pendapatan tetap bulanan iaitu gaji dan elaun bulanan sahaja. Kalau yang bisnes atau yang dapat komisen, kita akan rancang untuk uruskan berdasarkan a fixed monthly amount.
Kalau aku masukkan bonus, dan klien tiba2 tak dpt bonus tahun tu, confirm lah akan defisit cashflow dia.
Jadi, apa klien buat dengan bonus kalau diaorang dapat?
Aku bagitau klien, buatlah apa2 yang ko suka. Nama pun bonus kan. Enjoy lah, kalau nak enjoy semua. Tapi kalau nak save pun takper.
So apa jadi bila klien dapat bonus?
Diaorang akan bagitau aku dengan sendiri kalau diaorang ada plan nak simpan. Kalau tak, diaorang akan belanja tanpa perlu dapat input dari aku pun.
Waktu aku kerja dulu, pernah berbincang dengan colleague. Masa tu dah dapat surat bonus. Saja tanya dia, apa dia nak buat dengan bonus tu. Jawapan diaz bayar hutang kad kredit.
Lepas aku pun tanya, kalau tak dapat bonus macam mana?
Dia jawab terus bayar minimum bulan2. Terkejut gak aku, sebab maksudnya dia bulan2 ada defisit dan mengharapkan ada bonus untuk nak settlekan.
Dan ramai juga orang yang aku jumpa sejak jadi financial planner ni berfikiran yang sama. Kalau cashflow aku bulan2 tak cukup, nanti kalau bonus masuk, banyak benda aku boleh settlekan.
Dan pemikiran macam ni lah juga kenapa ramai orang berbelanja lebih dari kemampuan.
Part kedua aku nak share, bukan pasal kewangan sangat, tapi pasal komen dia, kenapa dia belanja. Sebab esok lusa kalau dia meninggal, tak sempat guna duit bonus tu.
Tak perlu nak justify kenapa nak pakai duit bonus pun. Duit ko. Ikut suka ko nak buat apa. Tapi kalau ko mati sebelum sempat guna duit tu, kalau dah beli tiket pun tak guna kan.
Ramai juga ada pemikiran macam ni, jadi diaorang hidup in the moment. Tak salah, selagi benda ni tak kacau perancangan masa depan ko. Sebab kita memang tak tahu apa akan jadi dekat kita di masa akan datang.
Kalau memang semua kewangan kita dah ok, dan tiba2 dapat bonus. Belanja lah ikut suka hati. You’ve earned it. Nama pun bonus kan. Tapi fokuslah untuk uruskan kewangan korang berdasarkan pendapatan bulanan yang tetap tu.
Supaya yang nak sekarang pun boleh dapat, tapi pada masa yang sama, masa depan kita pun lebih terurus.
