rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Harga emas jatuh tak sama dengan harga saham jatuh

Aku rasa statement ni tak 100% tepat. Ada beberapa point yang aku rasa kena clarify sikit, sebab kalau kita nak compare emas dengan aset lain, kena compare apples to apples.

1. Harga jatuh, nilai pegangan kita tetap berkurangan.

Tak kira aset apa pun, bila harga aset tu jatuh, nilai pegangan kita akan turut berkurangan.

Kalau kita pegang 100 unit saham, harga saham jatuh 20%, kita masih pegang 100 unit saham. Bilangan unit tak berubah, tapi nilai pegangan kita dah berkurangan 20%.

Sama juga dengan crypto. Sama juga dengan emas.

Kalau kita pegang 100g emas, harga emas jatuh 20%, kita masih pegang 100g emas. Tapi nilai emas yang kita pegang tu dah berkurangan 20%.

Jadi, tak ada beza dari segi prinsip ni.

2. Emas di tangan kita.

Kalau yang dimaksudkan ialah emas fizikal yang kita pegang, ya, aku setuju. Kita memang boleh pegang emas tu secara fizikal.

Property pun sama. Kita boleh tengok, pergi, dan memiliki rumah atau tanah secara fizikal.

Tapi aset seperti saham, ETF atau crypto, kita tak pegang dalam tangan. Kita pegang ownership atau unit melalui sistem, platform atau custodian.

Cuma, tak pegang secara fizikal bukan bermaksud aset tu kurang real atau kurang bernilai.

3. Emas boleh digadai kalau harga jatuh, tak perlu jual.

Ya, betul. Emas fizikal boleh digadai untuk mendapatkan tunai. Ini salah satu kelebihan emas fizikal, terutamanya apabila kita perlukan liquidity dalam keadaan tertentu.

Tapi sebenarnya, gadai bukan satu-satunya pilihan. Kita juga boleh jual emas tersebut.

Aset lain pun ada mekanisme untuk mendapatkan liquidity, cuma mekanisme, kos, risiko dan kemudahan tu berbeza.

Tak semua aset boleh atau sesuai dijadikan collateral, dan bukan semua orang ada access kepada kemudahan tersebut.

4. Harga emas akan naik semula, cuma tunggu masa.

Part ni aku rasa kena hati-hati sikit.

Memang ada aset yang harga jatuh, kemudian naik semula. Tapi tak semua aset akan recover, dan kita tak tahu berapa lama nak tunggu.

Saham syarikat yang jatuh, mungkin akan recover. Mungkin juga tidak. Kalau syarikat tu bankrupt atau sahamnya delisted, kita mungkin kehilangan sebahagian besar atau keseluruhan pelaburan.

Sebab saham kita invest dalam syarikat tertentu. Risiko setiap syarikat berbeza.

Emas pula, kita invest dalam satu komoditi. Tapi itu tak bermaksud harga emas sentiasa naik atau pasti recover dalam tempoh tertentu. Emas pun pernah melalui tempoh harga mendatar atau jatuh dalam jangka masa yang panjang.

Aku tak ada masalah dengan emas. Aku sendiri pun faham kenapa orang nak simpan emas, dan emas memang boleh memainkan peranan dalam portfolio seseorang.

Cuma aku tak suka bila kita cuba justify sesuatu aset dengan membandingkan kelemahannya dengan aset lain, seolah-olah aset kita ni tak ada risiko.

Setiap aset ada kelebihan, kekurangan, risiko dan fungsi tersendiri dalam portfolio.

Persoalannya bukan aset mana yang paling bagus.

Persoalannya, apa tujuan kita melabur, berapa lama tempoh pelaburan kita, liquidity yang kita perlukan, dan berapa banyak risiko yang kita sanggup ambil?

Bila kita faham benda ni, kita tak perlu pun nak defend emas, saham, property, crypto atau apa-apa aset.

Kita cuma perlu tahu apa yang kita buat, kenapa kita buat, dan apa risiko yang kita ambil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *