Nampak post ni hari tu, fikir juga macam mana nak respon.
Sebab ada part yang setuju dengan viewpoint yang dia buat dan ada part yang tak setuju. Kang orang komen macam lalang pulak.
Pertama sekali, kalau ikut definisi, T20 tu bukan mula dari RM 40-50k (bukan semua T20 tu golongan mahakaya). Dalam pendapatan seisi rumah lebih dari RM 12-13k dah termasuk dalam golongan T20.
Amaun ni tak banyak pun lagi2 yang duduk dekat lembah klang dan ada keluarga. Jadi, kita takleh nak cakap T20 ni kaya raya dan sebab tu diaorang tak layak apply biasiswa.
Kedua, aku setuju, biasiswa ni ada jenis, need based and merit based. Untuk orang yang berkemampuan, takyah lah apply utk yang need based. Apply yang merit based cukup. Kalau apply yang need based pun kemungkinan besar tak lepas pun. So, aku agree yang biasiswa ni bukan hak B40 semata-mata.
Ketiga, belajar peringkat universiti ni memang makan duit, tapi ada pilihan sama ada nak belajar dekat universiti awam atau universiti swasta dekat Malaysia ataupun belajar dekat universiti luar negara.
Pendapat aku, sambung diploma atau degree tu penting, dan jadi keperluan, tapi belajar dekat overseas tu dah jadi kemahuan. Tu memang cita2 ramai student dan parents (termasuk lah aku dulu waktu aku jadi student).
Aku sendiri dah rancang untuk anak2 aku, yang aku akan sediakan duit yang cukup untuk diaorang belajar dekat universiti swasta dekat Malaysia. Kalau diaorang masuk universiti awam, aku still akan bayar, dan duit lebih tu aku akan bagi dekat diaorang untuk mulakan hidup lepas habis belajar nanti. Kalau nak sambung masters ker PhD boleh jer guna duit tu. Tapi kalau dah habis pandai2 lah nak hidup.
Kalau nak sangat pergi belajar overseas belajar lah rajin2, sampai orang memang berebut2 nak bagi ko biasiswa untuk sambung belajar.
Kalau semua setuju, part mana yang aku tak setuju?
Yang aku tak setuju tu, part pasal kalau gaji RM 40-50k tak mampu untuk simpan duit untuk pendidikan anak dekat luar negara.
Kalau ko dah kerja gaji RM 40-50k, ko bukan T20, tapi T1. Maksudnya ko antara 1% yang dapat pendapatan tertinggi dekat Malaysia ni.
Tak mampu nak simpan untuk anak? Maksudnya, ko tak reti uruskan kewangan ko dengan baik. Aku ada jer klien yang pendapatan dia tak sampai pun RM 40k, tapi sebab pendidikan anak dia penting, dia uruskan duit dia dengan baik supaya boleh simpan dalam RM 1.5 juta seorang bila diaorang nak sambung belajar nanti masa umur 18 tahun.
Macam mana nak capai? Masa anak tu lahir, ko kena target simpan RM 4,000 sebulan dalam instrumen yang boleh bagi 6% setahun selama 18 tahun. Insyaallah boleh dapat RM 1.5 juta.
Bukannya kena simpan RM 10-15k sebulan pun. Kalau boleh simpan RM 10k sebulan, ko cuma perlu 10 tahun jer nak simpan.
Macam mana nak simpan? Takyah lah pakai Vellfire ke Alphard ke 7 series dan sebagainya. Kalau tak pakai tu, insyaallah ada duit nak simpan until pendidikan anak ko untuk belajar overseas nanti.
Yang terakhir, tak semua uni dekat overseas tu jauh lagi baik dari yang ada dekat Malaysia ni pun. Ye, aku grad dari MIT, so aku takleh nak banding sangat, tapi banyak jer orang yang pergi 3rd tier, 4th tier uni dekat luar negara, sebab nak dapat title grad overseas, tapi sebenarnya universiti yang takda standard sangat pun.
Apa2 pun, benda ni semua rezeki masing2. Pandai2 lah korang uruskan. Kita takyah nak dendam atau benci sangat dengan apa yang orang lain dapat. Ada lah hikmah dia kenapa Allah bagi kita apa2 pun. Kena belajar bersyukur dan redha.
Sekian tazkirah untuk hari ke 16 bulan puasa ni.
