Hari tu ada jumpa klien yang dah 6 tahun engage. Dia yang ajak untuk jumpa, pelik sikit, sebab selalu yang akan initiate adalah financial planner side, sebab kita memang manage the engagement. Bila klien yang initiate, selalunya dia ada agenda dia yang tersendiri.
Jadi bila jumpa tu, terus tanya, apa topik perbincangan hari ni.
Ada dua,
Satu, pasal nak pergi bercuti tahun ni. Dia nak discuss pasal bajet, duit nak ambik dari mana, ok ker nak ambik dari savings kalau bonus tak tinggi / takde tahun ni. Bila masa terbaik untuk nak pergi? Berapa lama, nak apa yang boleh buat dekat sana?
Kedua, dia nak tanya pasal keputusan nak jual kereta yang ada sekarang, nak beli kereta baru. Sebab masa beli kereta yang ada skrg, anak ada 3, sekarang anak dah 4, jadi kereta yang ada sekarang sempit sikit, lagi2 kalau nak berjalan jauh macam balik kampung.
Untuk soalan no satu tu, jawapan semua straight forward pun, sebab memang financial planner ni dah bertahun suruh diaorang pergi bercuti. Cuma timing diaorang kerja susah nak dapat cuti same time, sekali dengan cuti sekolah lagi. Banyak cuti diaorang dalam negara ni, mainly bila suami atau isteri ada kerja luar kawasan, masa cuti sekolah, lepas tu bawak satu famili ikut sekali.
Untuk soalan kedua, sebenarnya dah bincang dah tahun lepas pun. Dan memang ok pun untuk diaorang nak beli kereta baru. Walaupun kalau kena jual kereta, kena top up duit, dan kena tambah downpayment untuk beli kereta baru. Tapi diaorang mampu jer.
Apa guna simpan duit banyak2 kalau tak belanja kan? Kang ada orang cakap, nanti kita dah takde orang lain pula yang guna.
Tapi sebagai financial planner kita bagi different perspective.
Kita highlight yang sekarang umur diaorang 38 tahun. Yang si isteri dah lama cakap (sejak start dulu), kalau boleh dia nak berhenti kerja waktu umur 40 tahun. Bila isteri berhenti kerja, income family akan turun banyak, jadi bila tambah kos sara hidup tambahan iaitu kereta baru yang lagi mahal, mungkin akan ada impak kepada plan si isteri.
Sebab skrg mmg dah on track dah, dengan assumption, tak tambah apa2 perbelanjaan luar biasa dah, simpanan diaorang akan cukup, dan insyaallah gaji suami pun akan cukup untuk tanggung semua perbelanjaan termasuk simpanan / pelaburan untuk masa depan.
Lagi2 bila isteri berhenti kerja, diaorang boleh pindah ke tempat yang lagi rendah kos sara hidup, dan banyak kos2 bulanan lagi2 berkaitan anak2 dan makan yang boleh djimatkan.
Kita tak paksa klien ikut apa kita cakap sebagai financial planner, tapi kita hanya bagi dia perspektif yang lebih luas untuk berfikir apa yang lebih baik untuk diaorang sekeluarga.
Tengoklah macam mana keputusan diaorang nanti. Lepas dah buat keputusan, baru kita boleh rancang langkah2 seterusnya selepas ni.
