Nampak poster ni beberapa hari lepas. Macam biasa save siap2 dulu Nanti ada mood nak tulis, baru kita tulis.
Apa maksud poster ni?
Dekat US, purata pendapatan orang dekat sana dalam USD 2.8 juta kalau dia kerja selama 40 tahun atau 70k USD setahun.
Tapi untuk nak capai tahap kehidupan yang selesa, total yang kena ada dalam USD 5 juta. Ni nak cover persaraan, anak2, rumah, kereta dan macam2 lagi.
Persoalan dia macam mana nak bagi USD 2.8 juta cukup untuk USD 5 juta tu.
Poster ini agak simplistik sebenarnya. Tapi mesej dia clear untuk aku.
Kalau tak uruskan dengan betul, mustahil USD 2.8 juta dalam masa 40 tahun boleh jadi USD 5 juta.
Amaun paling besar persaraan dia, tapi dia ada 40 tahun. Kalau orang tu labur USD 300 sebulan dalam S&P500 index fund dengan annualized return 9.9% setahun, lepas 40 tahun dia akan ada USD 1.632 juta dalam tabung persaraan dia.
Maksudnya, dari pendapatan USD 70k setahun atau USD 5,833 sebulan, dia hanya perlu laburkan USD 300 iaitu 5% sebulan sahaja untuk cukupkan tabung persaraan dia.
Lepas tolak pelaburan tu, baki pendapatan dia untuk semua benda yang lain untuk 40 tahun jadi USD 2.655 juta.
Jadi campur tabung persaraan tadi dh jadi USD 4.285 juta (cuma 800k kurang dari USD 5 juta yang di perlukan).
Maksudnya logik jer USD 2.8 juta ni kalau diuruskan dengan betul cukup jer nak dapat USD 5 juta untuk semua matlamat kewangan dia tu. Cuma sama ada kita mampu buat atau tak jer.
Tapi topik ni macam menarik. Nanti nak cuba buat senario untuk kes dekat Malaysia plak lah lepas ni.
