rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Daripada Survive → Stabil → Grow → Free: Evolusi Mindset Kewangan Yang Ramai Tak Sedar

Bila hidup kita dalam fasa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, seluruh tenaga mental kita tertumpu kepada satu perkara: macam mana nak survive.

Kita bangun setiap hari dengan soalan yang sama:

  • “Cukup tak nak bayar hutang bulan ni?”
  • “Cukup tak nak belanja dapur?”
  • “Nak cari side income apa lagi?”

Kita tukar masa kepada duit. Kita kejar setiap peluang. Kita berjimat bukan sebab nak jadi bijak kewangan… tapi sebab kita tak ada pilihan. Kualiti hidup pun terkesan, sebab setiap keputusan kewangan datang daripada tempat kebimbangan, bukan keyakinan.

Bila Lebihan Tunai Mula Wujud: Mindset Berubah Perlahan-lahan

Bila kita dah mula ada sedikit lebihan tunai — tak banyak, tapi cukup untuk rasa “lega” — masa tu mindset mula shift. Kita mula ada simpanan kecemasan walaupun sikit, dan kita mula sedar:

  • “Okay… bulan depan aku tak start dari kosong.”
  • “Kalau ada belanja lebih sikit bulan ni, aku boleh cover.”

Kita masih berhati-hati.
Trauma masa tengah survive dulu masih segar.
Tapi untuk pertama kali, hidup tak rasa sesak macam sebelum ni.

Bila Simpanan Kecemasan Dah Penuh: Kita Masuk Fasa Pertumbuhan

Bila simpanan kecemasan dah lengkap, dan kita dah mula menyimpan secara konsisten untuk:

  • persaraan,
  • pendidikan anak-anak,
  • haji atau matlamat besar lain,

masa ini kita masuk growth phase. Kita mula berani ambil risiko dalam pelaburan — bukan sebab tamak, tetapi sebab asas kewangan kita dah kukuh. Dan buat pertama kali, kita mula allocate bajet untuk kehendak:

  • travel,
  • hobi,
  • upgrade kualiti hidup.

Benda yang dulu kita hanya “tengok orang lain buat”, sekarang terasa mampu dicapai.

Bila Ada 2–3 Tahun Perbelanjaan Dalam Simpanan/Pelaburan: Datangnya Financial Flexibility

Ini fasa yang ramai orang tak sangka akan berlaku: kita mula berani ambil risiko dalam hidup, bukan sekadar risiko pelaburan. Sebab bila kewangan kukuh:

  • nak tukar industri → boleh fikir
  • nak ambil career break → tak mustahil
  • nak mulakan bisnes → ada runway untuk mencuba
  • nak kejar minat → tak perlu takut jatuh muflis

Pada tahap ini, kita bukan lagi hidup untuk survive atau untuk selesa. Kita hidup dengan pilihan. Dan pilihan itu datang daripada disiplin dan proses yang kita buat bertahun-tahun, tanpa orang nampak.

Sebagai seorang licensed financial planner, saya nampak perubahan klien dari satu fasa ke satu fasa semasa engagement. Macam semalam jumpa Harfyza Hashim dengan Md Sahril, masa start 3 tahun dulu, mindset fokus kepada macam mana nak survive. Sekarang ni tengah discuss pasal travel plans, pasal macam mana nak grow the bisnes supaya boleh hidup dengan lagi tenang dan selesa.

Perubahan minda ni bukan ilusi, memang orang yang laluinya sendiri akan dapat rasa perubahan / perbezaannya.

Bezanya adalah bila korang nak mula supaya boleh dapat rasa perubahan tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *