rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

📉 “Ramai yang kena liquidated minggu lepas…”

Dalam masa 24 jam sahaja, lebih US$19 bilion posisi kripto kena liquidated menurut Bloomberg. Lebih 1.6 juta pelabur seluruh dunia kena liquidated, ada yang hilang ribuan, ada yang hilang berjuta.

Dan paling menyedihkan, ada yang tak mampu tanggung tekanan kewangan dan emosi… kehilangan duit bertukar jadi kehilangan nyawa. 💔

💬 “Guna duit orang lain boleh buat duit cepat.”

Ya, memang betul ramai ajar konsep leverage atau other people’s money (OPM). Dalam teori, ia memang boleh percepatkan keuntungan.

Tapi… bila ada pro, tentu ada con. Mana ada benda yang datang faedah sahaja. Makan vitamin C pun bagus tapi kalau berlebihan, boleh memudaratkan. Begitu juga dengan leverage.

📘 Contoh mudah:

Ali ada RM10,000.
Dia guna leverage 1:10 untuk buka posisi kripto bernilai RM100,000.

➡️ Kalau harga naik 10%,
Nilai posisi = RM110,000
Untung = RM10,000
✅ Pulangan 100% atas modal sendiri!

Tapi kalau harga jatuh 10%,
Nilai posisi = RM90,000
Rugi = RM10,000
❌ Modal habis — akaun liquidated.

Dan bila pasaran jatuh mendadak, sistem tak tunggu.
Ia terus auto-sell posisi untuk elak kerugian lebih besar.

⚠️ Pengajaran penting:

  • Leverage bukan musuh, tapi pedang bermata dua.
  • Untung cepat = risiko tinggi.
  • Pasaran kripto sangat volatile. Tiada siapa boleh jangka dengan tepat.
  • Tekanan mental itu nyata. Bila hilang duit hasil titik peluh, kesannya boleh jadi besar.

💭 Renungan:

Masalahnya bukan pada crypto, tapi pada cara kita mendekatinya
nak cepat kaya, ikut hype, dan tak kawal risiko.

Ingatlah,
💬 Duit boleh dicari semula.
💬 Tapi ketenangan dan nyawa tak boleh diganti.

Kalau rasa tekanan kewangan terlalu berat, bercakaplah dengan seseorang.
Jangan tanggung seorang diri.

🧠 Pelaburan sebenar bukan siapa paling cepat untung, tapi siapa paling lama kekal waras dan bertahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *