Ramai jer orang tanya saya soalan ni masa first time jumpa.
Saya tak pelik. Skeptikal tu biasa.
Lagipun, bukan semua orang pernah engage financial planner. Tambah pula saya memang charge fee.
Tapi prinsip saya jelas:
Kalau saya boleh bagi nilai, saya akan charge.
Kalau saya tak boleh tolong langsung, saya akan bagitau terus terang.
Dan kalau saya ambil kes tapi akhirnya terbukti tak ada nilai tambah yang setimpal, saya refund.
Sebab saya tak nak ambil duit orang kalau saya sendiri pun tahu saya tak deliver.
Semalam saya ada cerita pasal klien bisnes yang saya bantu.
Sebenarnya kalau nak kira, ada beratus ribu ringgit fee klien-klien bisnes yang masih tertunggak.
Tapi saya dah buat keputusan awal-awal dulu — kalau saya yakin saya boleh tolong, saya jalan terus dulu.
Alhamdulillah, ramai yang bila keadaan kewangan makin stabil, mula bayar balik.
Hari Isnin lepas, seorang klien bagi 6 keping post-dated cheques untuk settle semua fee tahun lepas.
Sebab masalah utama dia dah berjaya diselesaikan.
Itu bagi saya reward yang besar — bukan pada duit semata, tapi bila nampak usaha kita ada hasil.
Semalam pula saya jumpa seorang lagi klien bisnes.
Dah 2 tahun saya bersama dia.
Saya bantu streamline costing dia, sampai turun 15% berbanding tahun lepas,
dan kalau banding dengan 2 tahun lepas — lebih 30%.
Bunyi macam hebat kan?
Tapi realitinya, masalah bisnes dia masih belum selesai.
Sebab revenue jatuh lebih cepat daripada cost.
Hasilnya — masih tak ada profit.
Dari awal saya dah bagitau — skop kerja saya tak termasuk sales & marketing.
Saya boleh tolong optimize semua bahagian kewangan,
tapi bahagian revenue generation memang kena usahakan sendiri oleh owner.
Jadi semalam saya cakap terus terang dengan dia:
“Part saya dah habis optimize. Sekarang, untuk nak profit semula, jalan dia cuma satu — sales kena naik balik.”
Itulah hakikatnya.
Saya tak boleh tolong semua orang dalam semua perkara.
Saya tak buat janji manis.
Tapi bila saya yakin boleh bagi nilai, saya akan buat betul-betul sampai nampak kesan.
