Sekarang, kalau ada lebih RM1.05 juta dalam EPF, lebihan tu boleh dikeluarkan.
Bermula 2026, ambang ni akan naik — RM1.1 juta, lepas tu RM1.2 juta, seterusnya RM1.3 juta.
Ramai akan bising, “Ini duit aku, suka hati aku lah nak keluarkan bila.”
Tapi ada beberapa realiti yang ramai orang tak nampak:
1. Majoriti orang hanya capai RM1 juta bila umur dah 50-an.
Masa tu Akaun 2 pun dah boleh sentuh untuk rumah, pendidikan, kesihatan. Umur 55, boleh keluarkan semua sekali. Jadi untuk majoriti pencarum, naikkan ambang ni sebenarnya tak ubah banyak pun timing mereka boleh guna duit tu.
2. EPF bagi risk-free return 5–6% setahun.
Tak payah buat apa-apa pun dapat 5–6% setahun, risk-free. Siap ada employer match pula tu — duit majikan masuk sama, simpanan naik tanpa kita sedar sebab force savings mechanism ni.
Ramai klien saya yang kerja luar negara pun rasa rugi bila tak ada EPF, sebab bila gaji masuk semua kena urus sendiri — dah tak ada sistem “paksa simpan” ni.
3. Masalah sebenar: Ramai tak ada pelan bila duit tu sampai ke tangan mereka.
Contohnya, saya ada klien umur 52 tahun.
- Akaun 2 dia dah habis guna untuk bayar hutang personal loan dan kad kredit.
- Sekarang dia tunggu umur 55 sebab nak guna baki EPF untuk bayar hutang lain pula.
- Tapi dengan cashflow dia sekarang, soalan besar ialah: dia sempat capai umur 55 dulu, atau bankrupt dulu?
Inilah realitinya — duit EPF bukan masalah utama. Cara kita urus duit sebelum, semasa, dan selepas duit tu keluar, itu yang tentukan hidup kita lepas bersara.
Bila EPF ketatkan sikit akses, itu sebenarnya untuk lindungi pencarum daripada kesilapan sendiri — supaya duit persaraan kekal sampai bila benar-benar diperlukan.
Bagi saya, isu sebenar bukan bila duit boleh keluar.
Isunya: bila duit keluar, ada tak pelan kewangan jelas untuk setiap ringgit tu?
