rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Travelog Panjang (6 Hari 5 Malam): Fukuoka – Kumamoto – Aso – Beppu – Tokyo

Hari Pertama – KL ke Tokyo: Misi Bermula

Macam biasa, AirAsia X. Berlepas dari KLIA2 pukul 3 lebih. Dah redha dah bab delay ni, memang trademark dia. Bezanya kali ni tiket beli confirm awal-awal sebab cuti sekolah — peak season. Kalau standby ticket, memang berisiko ada yang kena tinggal. Nak bagi Amir rest lepas habis trial SPM, sebab balik dari cuti ni last sprint untuk SPM bulan 11 nanti.

Sampai Haneda dah pukul 12 tengah malam. Immigration okay, laju. Lepas tu keluar, tengok train semua dah habis operasi. Tak ada pilihan lain, terpaksa naik teksi. First time naik teksi kat Jepun. Mahal? Memang. Tapi nak buat macam mana, takkan nak tidur kat airport pula. Kitaorang terus check-in hotel dekat Haneda sebab esok pagi kena terbang ke Fukuoka pula. Malam tu tidur dalam 3-4 jam je.

Hari Kedua – Fukuoka, Meoto Iwa, Totoro Forest, Shiraito, Tsujun dan Patung Jinbei

Bangun pukul 5 pagi. Terhuyung-hayang bersiap sebab flight pukul 7.30 pagi. Dalam flight semua tidur terus, tak sempat tengok pemandangan luar pun. Sampai Fukuoka lebih kurang pukul 9 pagi, terus ke konbini cari sarapan ringkas.

Lepas tu ambik kereta sewa dari Nissan Rent a Car depan airport. Dapat Nissan Note, cukup untuk 4 orang dan 4 beg saiz cabin.

Di sinilah bermula road trip kami.

Hentian pertama: Meoto Iwa (Married Couple Rocks) kat Sakurai Futamigaura. Tempat ni lawa, dua batu besar dalam laut diikat dengan tali Shinto, simbol hubungan suami isteri. Memang tempat wajib bergambar. Panas boleh tahan.

Tak jauh dari situ, kami singgah Totoro Forest Keya no Ohto. Tak plan mula-mula nak singgah, tapi wife cakap dekat, jadi kita drive kejap ke sini, tak sampai 20 minit pun dari previous spot.

Expectation macam dekat bukit / gunung, rupanya ada forest tepi laut. Tempat ni memang comel sebab ada vibe macam dalam cerita My Neighbor Totoro. Sekejap je, sebab tujuan utama memang ambik gambar.

Plan asal nak terus ke Kumamoto, tapi sebab ada kereta sendiri, kami lencong dulu ke Shiraito Falls. Masalahnya sampai sana jem teruk, mungkin sebab weekend + Silver Week. Tapi berbaloi juga sebab air terjun dia lawa. Kat sini sempat cuba nagashi somen – mi sejuk yang mengalir dalam buluh, kita kena sambut dengan chopstick dan celup dalam kuah sebelum makan. Mula- mula beli satu sebab nak test, tapi sebab sedap, order satu lagi set. Pengalaman baru untuk kami semua.

Lepas tu terus ke Tsujun Bridge, aqueduct paling terkenal dekat Kumamoto. Ni travel dan dekat 2 jam dari Shiraito tadi. Jambatan ni dibina sejak 1854 untuk bawa air ke sawah-sawah dekat kawasan pergunungan. Masa berdiri kat situ, rasa kagum dengan engineering orang zaman dulu.

Petang tu, misi Strawhat Crew pertama bermula. Kami terus ke patung Jinbei dekat kawasan Uta, outskirt sikit dari Kumamoto. Memang salah satu rancangan untuk trip kali ni adalah untuk pergi melawat sekali lagi semua patung Strawhat Crew. Lepas bergambar puas-puas, baru kami ke Kumamoto Station & Amu Plaza untuk dinner dan shopping kat Mugiwara Store. Malam tu check-in hotel, mandi, terus tumbang.

Kenapa Patung Strawhat Crew Ada di Kumamoto?

Ramai mungkin tak tahu, pencipta One Piece, Eiichiro Oda, memang anak jati Kumamoto. Lepas gempa bumi besar 2016, dia donate lebih kurang 800 juta yen untuk bantu pemulihan kawasan ni.

Sebagai tanda terima kasih, kerajaan Kumamoto cadangkan bina patung Strawhat Crew di lokasi-lokasi berbeza seluruh Kumamoto. Oda sendiri setuju, siap pilih lokasi untuk setiap ahli crew.

Projek ni bukan sekadar tarikan pelancong. Ia simbol harapan macam watak-watak One Piece yang selalu bangkit lepas jatuh, Kumamoto pun bangkit semula lepas bencana.

Hari Ketiga – Misi Penuh Strawhat Crew + Mount Aso

Awal pagi lagi kami check-out. Misi hari ni besar: jumpa semua Strawhat Crew ikut susunan ni:

Luffy – Kumamoto City Hall

Chopper – Kumamoto Zoo & Botanical Gardens

Lepas Chopper, balik hotel balik sebab ada tertinggal barang.

Brook – Mifune Town – dekat dinosaur park

Sanji – Mashiki Town – dekat gym

Zoro – Ozu Town – dekat playground

Nami – Nishihara Village – Ada pokok tangerine dekat sini.

Robin – Minamiaso Village – dekat tapak museum gempa bumi

Usopp – Aso City – train station Mount Aso

Lepas Usopp, kitaorang buat side visit pergi Mount Aso Crater. Nak tengok volcano yang masih aktif. Bau sulfur kuat. Boleh drive ke situ, bayar untuk satu kereta dalam 1000 yen. Habis spend time dekat situ, gerak ke Takamori Town untuk jumpa last patung, Franky.

Settle juga second round tengok patung Strawhats ni. First round dulu beli patung Volume 1, dalam 2200 Yen satu patung. Masa dekat Brook baru sedar ada patung Volume 2 yang baru launch July 2025. Dekat Sanji baru decide nak beli, jadi ada 6 jer patung Volume 2. Satu patung Volume 2 harga dia dalam 2640 Yen. Kalau siapa-siapa nak beli, kena sediakan cash, kebanyakan tempat yang jual tu, tak terima kad.

Lepas habis dekat Takamori Town, sambung pergi Kamishikimi Kumanoimasu Shrine yang dalam 8 minit saja driving. Aktiviti wajib panjat tangga bila ke Jepun.

Sepanjang hari tu memang rasa macam dalam dunia One Piece. Setiap lokasi ada vibe dia sendiri. Contohnya, Sanji kat Mashiki — kawasan ni antara yang teruk kena gempa, jadi ada simbolik tentang “chef” yang bagi tenaga & harapan.

Malam tu tidur kat rumah gaya Jepun lama dengan futon dan private onsen. Suasana kampung Jepun, tenang habis.

Hari Keempat – Beppu & Balik ke Fukuoka

Pagi tu check-out pukul 9.30, drive ke Hells of Beppu. Mula-mula plan tengok satu je, tapi sebab ada tiket promosi untuk semua 7 kolam, habiskan semua sekali. Tengah summer, panas gila, tapi kolam air panas dia memang unik.

Lepas tu naik train dalam bandar Beppu sebab nak dengar pengumuman “Beppu Beppu Beppu” yang viral tu. Mula-mula kecewa sebab tak dengar apa-apa. Rupanya bunyi tu keluar dari speaker platform, bukan dalam train. Barulah puas hati.

Balik ambik kereta, singgah Don Don Donki beli barang sikit, lepas tu drive balik ke Fukuoka. Malam tu buat laundry sebab baju semua limited — AirAsia punya luggage fees, faham-faham je lah.

Hari Kelima – Balik Tokyo & Shinjuku

Pagi-pagi hantar kereta, naik flight balik Haneda. Sampai je, terus beli 48-hour subway pass untuk jimat kos transport. Naik monorail, subway sampai area Tsukiji, check-in hotel, letak barang, terus keluar ke Shinjuku. Malam tu balik awal sebab esok hari terakhir.

Hari Keenam – Ueno, Akihabara & Shibuya

Check-out pukul 10 pagi, tinggalkan beg kat hotel. Makan tengah hari wagyu halal kat Yakiniku Panga — set wagyu + hamburg 1,950 yen memang berbaloi. Lepas tu shopping kat Ueno, dan pergi Akihabara sebab budak-budak nak beli barang kat Yodobashi, mak bapak dah duduk tepi jalan sebab penat.

Petang tu terus ke Shibuya untuk Nintendo Store dan Jump Store. Lepas tu balik hotel ambik beg, terus gerak ke Haneda untuk flight malam balik Malaysia.

Jumlah Perbelanjaan

Tiket kapal terbang: RM 6,000

Food & Misc: RM 3,100

Transport (flight, kereta sewa, tol, petrol, parking): RM 2,500

Penginapan: RM 3,250

Aktiviti: RM 300

Total: ± RM 15,000 untuk semua.

On average dalam RM 3,750 per pax. atau dalam RM 625 sehari untuk setiap orang. Kot-kot ada yang nak plan percutian yang sama.

Ada jer perbelanjaan lain yang specific untuk korang, macam cat boarding, shopping semua tu kitaorang tak include.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *