rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Apa kena buat bila ada kematian ….

Pagi tadi saya duduk dengan seorang klien…

Pasangan ni baru setahun engage dengan saya. Fokus kami selama ni baru dekat asas kewangan – cashflow, hutang, emergency fund.

Belum sempat lagi nak masuk bab perlindungan harta atau wealth transfer. Sebab salah satu sebab masa tu, arwah suami dah ada wasiat sendiri, dah ada beberapa coverage takaful. Jadi kami rasa, kalau worst case scenario berlaku, keluarga tak akan terlalu terbeban.

Minggu lepas, benda tu jadi.

Suami meninggal dunia secara mengejut.

Bila saya jumpa balu pagi tadi, dia tanya:

“Apa langkah pertama yang saya kena buat?”

“Siapa yang saya kena hubungi?”

“Macam mana dengan hutang kereta, hutang rumah?”

“Apa jadi dengan takaful, dengan wasiat, dengan pelaburan?”

Jadi saya ingatkan dia step by step:

1. Hubungi ejen wasiat – dia dah contact, ejen akan datang minggu depan untuk mula proses pentadbiran harta.

2. Hubungi semua ejen takaful – bagi tahu tentang kematian suami supaya tuntutan boleh mula.

3. Check semua dokumen kewangan – kebanyakan maklumat dah ada dengan saya, sebab arwah sempat engage saya awal-awal. Balu dia cakap, “Syukur gila arwah engage financial planner, kalau tak saya pening nak urus semua ni seorang-seorang.”

4. Teruskan bayar hutang – bagi elak tunggakan sementara tunggu proses MRTA/MRTT kalau ada.

Lepas tu kami duduk berbual, terkenang balik arwah… apa impian dia, apa yang dia rancang untuk keluarga.

Ini kali ketiga saya terlibat secara langsung bila klien meninggal dunia. Semua buat wasiat dengan pihak lain, tapi saya selalu tolong follow up sampai semua selesai.

Balu tadi sempat tanya, “Lepas semua ni settle, apa langkah seterusnya?”

Saya cuma jawab, “Kita tunggu settle dulu… baru kita rancang langkah seterusnya.”

Hari ni saya belajar sesuatu lagi:

Bila ada perancangan kewangan awal, sekurang-kurangnya keluarga yang tinggal tak perlu hadapi semua ni seorang diri.

Perancangan kewangan ni bukan untuk kita semata-mata.

Ia untuk orang yang kita tinggalkan nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *