rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Financial Planner: Bukan Sekadar Untuk Orang Ada Masalah

Hari ni saya nak tulis sikit pasal content.

Sebab baru-baru ni ada dua feedback menarik yang saya dapat dari prospek masa discovery session.

Feedback pertama, ada seorang prospek cakap,

“Bila saya baca content dari financial planner, saya jarang nampak advice yang specific. Banyak yang general je. Macam mana nak ikut?”

Feedback kedua, dari prospek lain pula,

“Kewangan saya okay je. Cuma bila baca sharing En. Rafiq, banyak cerita pasal orang ada masalah kewangan. Financial planner ni untuk orang ada masalah je ke?”

Dua-dua feedback ni memang valid.

Dan hari ni saya nak cerita dari perspektif saya sebagai seorang financial planner.

Kenapa content financial planner selalunya nampak “general”

Masa prospek pertama highlight pasal ni, saya terus senyum.
Sebab apa yang dia cakap tu betul.

Tapi bukan sebab financial planner tak tahu nak bagi specific advice.

Sebenarnya, kami tak buat macam tu sebab tanggungjawab profesional.

Specific advice hanya masuk akal bila kami tahu keseluruhan situasi seseorang — pendapatan dia, cukai, komitmen hutang, matlamat hidup, risiko, dan macam-macam lagi.

Contoh mudah:

Seorang klien nak simpan untuk pendidikan anak dia.

Lepas kami analisis, tengok income dia, tax bracket dia 25%, kami cadangkan simpan dalam SSPN. Sebab ada tax relief.

Kalau ikut plan ni, dalam 18 tahun, simpanan dia mungkin cecah RM266,000 — cukup untuk private university dalam negara.

Tapi bayangkan orang lain baca sharing yang sama.
Income dia rendah, tax bracket cuma 11%, ikut bulat-bulat nasihat yang sama.

Selepas 18 tahun, simpanan dia cuma RM234,000 — short RM32,000 dari target asal.

Dalam realiti, untuk orang kedua ni, advice kami akan berbeza.

Itu baru contoh yang masih selamat. Bayangkan kalau advice tu melibatkan risiko yang boleh buat orang bankrap?

Sebab tu content dari financial planner selalunya berbentuk education dan awareness.
Bukan bagi jawapan terus.

Sebab satu advice yang sama tak sesuai untuk semua orang.

Financial planner bukan untuk orang ada masalah sahaja

Sekarang masuk pula feedback kedua.

Ya, betul… ramai orang jumpa financial planner masa ada masalah:

  • Hutang tak terkawal
  • Kena scam
  • Salah invest
  • Tak urus harta pusaka
  • Lari cukai

Dan bila saya share cerita-cerita ni dekat Facebook, ramai orang boleh relate.
Sebab realitinya, ramai orang Malaysia memang ada masalah kewangan.

Tapi hakikatnya, ramai juga klien saya tak ada masalah pun.

Mereka datang sebab nak:

  • Rancang retirement dengan lebih baik
  • Maksimakan pelaburan & cukai
  • Pastikan harta pusaka terurus dengan jelas
  • Capai matlamat kewangan lebih cepat

Cuma bila saya cerita pasal orang “okay” ni, engagement selalunya rendah.
Orang baca dan rasa: “Takde kaitan dengan aku.”

Sedangkan inilah sebenarnya langkah terbaik — rancang kewangan masa tengah okay, bukan tunggu ada masalah baru nak mula.

Jadi kalau kewangan anda sekarang tengah okay —
tak salah pun nak engage financial planner.

Insya-Allah, kami boleh bantu supaya kewangan anda bukan saja kekal okay, tapi diuruskan dengan lebih baik, lebih strategik, dan lebih tenang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *