rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Bila Kita Dalam Kesakitan, Kita Sebenarnya Tak Hadir Sepenuhnya

Pernah dengar satu ayat ni: “When you’re in pain, you are not present.”

Mula-mula dengar macam biasa saja. Tapi bila fikir balik… memang betul.

Kalau sakit kepala, slipped disc, atau apa-apa sakit fizikal… kita mungkin ada di rumah, di pejabat, atau di majlis sosial. Tapi fikiran kita separuh ada di tempat lain. Sebab otak kita sibuk memproses kesakitan tu.

Dan sebenarnya, perkara sama berlaku bila ada sakit emosi, mental, atau spiritual. Bila ada “pain”, kita jarang benar-benar hadir sepenuhnya.

Sekarang cuba guna lensa yang sama untuk sakit kewangan.

Ramai jer orang Malaysia yang ada ‘sakit kewangan’, cuma kita nampak tau tak je.

Kajian AKPK pada tahun 2024 mendapati:

  • 26% rakyat Malaysia alami tekanan kewangan.
  • 65% kata prestasi kerja mereka terjejas.
  • 89% pekerja dengan tekanan kewangan cari kerja baru, sedangkan 91% yang stabil kewangan kekal setia dengan majikan.
  • Produktiviti hilang hingga 17 jam sebulan kerana fikiran terganggu.

Bayangkan — duduk depan komputer, tapi otak ligat fikir hutang, bil, duit yang tak cukup. Produktiviti jatuh, peluang kenaikan pangkat makin tipis, bonus makin kecil… dan kitaran tu berulang.

Macam sakit fizikal, sakit kewangan pun buat kita hadir fizikal, tapi hilang mental.

Bezanya, bila sakit fizikal, kita tahu apa nak buat:

  • Jumpa doktor
  • Pergi farmasi cari ubat
  • Dapat rawatan

Tapi bila sakit kewangan?

Ramai blur. Ada yang tanya kawan. Ada yang tanya di media sosial. Ada yang diam saja sampai masalah makin besar.

Hakikatnya, sakit kewangan pun perlukan “doktor” yang betul. Salah satu opsyen yang mula ada di Malaysia ni adalah berjumpa dan engage dengan mana-mana Licensed Financial Planner.

Semalam masa sesi discovery dengan seorang prospek, dia tanya, perlu ker kita engage Financial Planner kalau nak uruskan kewangan kita dengan baik?

Jawapan saya, tidak perlu. Ada jer orang yang boleh uruskan kewangan dia dengan baik tanpa engage dengan Financial Planner. Tapi tak semua orang macam tu. Ramai lagi orang dekat luar tu yang perlukan bantuan, guidance and khidmat nasihat dari seorang Financial Planner supaya dia boleh fokus kepada benda2 lain yang lebih penting seperti keluarga dan kerjaya.

Bila dapat diagnosis dan rawatan yang betul, barulah kitaran tekanan → prestasi jatuh → kewangan makin teruk tu boleh dihentikan.

Kadang, satu sesi dengan profesional kewangan boleh beri perspektif baru — macam jumpa doktor bila sakit.

Sebab bila kewangan sihat, minda pun lebih tenang, dan barulah kita boleh hadir sepenuhnya dalam hidup, kerja, dan keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *