rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Bayangkan, sales RM170 ribu sebulan tapi duit dalam tangan tak ada…

Minggu lepas, saya buat annual review dengan seorang klien bisnes owner. Beliau dah start engage servis personal financial planning + business advisory sejak tahun lepas, siap dengan monthly coaching.

Saya masih ingat first session kami. Jumpa dekat kedai mamak di Subang Jaya, lebih 2 jam sesi discovery. Lama bukan sebab saya banyak tanya, tapi sebab beliau banyak nak luah.

17 tahun berniaga.
Tapi rasa macam tak ke mana.
Bisnes jalan, tapi cashflow sakit, hutang keliling pinggang, personal pun serabut.

Body language waktu tu jelas — penuh masalah, tapi tak tahu nak cerita pada siapa.

Habis sesi tu, beliau setuju engage. Tapi sebab keadaan kewangan memang runcing, saya bagi fleksibiliti bayaran 50% dulu untuk personal, dan untuk bisnes advisory, kita mula jalan dulu. Prinsip saya mudah: kalau saya boleh bantu betulkan keadaan, insyaAllah akan ada jalan untuk bayar balik.

Step pertama – financial data

Bila tengok personal data, saya bagitau terus terang:
Kalau beliau sanggup jual fizikal aset yang tak produktif, tukar jadi cash, hutang semua boleh settle. Duit universiti anak-anak terjamin. Malah, ada cukup untuk keluarga survive 30+ tahun akan datang.

Masalah beliau bukan tak ada aset, tapi aset tu “tidur”.

Untuk bisnes pula, dari data nampak:

  • Sales RM170k sebulan
  • Margin <1% (nyawa-nyawa ikan)
  • Kos operasi terlalu tinggi

Kita mula identify kos yang tak perlu. Contoh: bayar staff social media hampir RM4k sebulan tapi langsung tak ada pulangan. Fokus bisnes pula sebenarnya local consumption, bukan branding besar-besaran.

Satu lagi punca defisit: ada 2 branch + central kitchen. Tapi 1 branch rugi, HQ pula cover. Akhirnya kita advise tutup branch rugi & central kitchen → consolidate operation.

Perubahan mula nampak

Mula-mula, anak lelaki klien skeptikal habis. Dia rasa ni semua “duit keluar tapi hasil tak nampak”.

Bukan sebab dia tak sayang mak dia, tapi sebab sebelum ni mak dia dah pernah engage beberapa orang lain, pergi seminar, training, bayar itu ini — tapi hasilnya tak ada. Duit keluar, masalah tetap sama.

Jadi bila mak dia cakap nak engage planner pula, of course dia risau benda sama berulang.

Tapi bila nampak perubahan step by step, dia sendiri yang selalu pesan pada mak dia:
“Tanya dulu planner kita, apa patut buat next.”

Itu turning point. Trust dah terbina.

Dalam 3 bulan terakhir, klien mula nampak duit lebih dalam tangan.
Tunggakan semua settle.
Dah mula tanya: “Sekarang duit lebih ni, apa patut buat?”

Annual review minggu lepas

Beliau bayar on the spot baki 50% personal planning yang dulu tertunggak. Untuk bisnes advisory pula, terus minta updated balance dan bagi post-dated cheque untuk selesaikan.

Tapi yang paling penting bukan bayaran. Yang paling besar adalah perubahan beliau sendiri:
Dulu rasa nak give up bisnes.
Sekarang boleh senyum, boleh gelak.

Kita dah set goals 3 tahun akan datang:
Run bisnes 3 tahun lagi → lepas tu exit.
Profit bisnes akan jadi buffer kewangan. Jadi kalau beliau nak simpan fizikal aset tu, keluarga masih boleh survive.

Moral of the story

Kadang-kadang masalah kewangan bukan sebab kurang duit, tapi sebab duit tak diurus dengan betul, bisnes tak dipandu dengan jelas, dan keputusan besar ditangguh sebab takut.

Apa yang saya nampak sepanjang proses ni:

  1. Bila ada orang dengar & guide, beban rasa ringan.
  2. Bila ada plan, langkah jadi jelas.
  3. Bila tindakan konsisten, perubahan pasti datang.

Daripada rasa nak tutup bisnes → kepada mula pegang duit semula.
Daripada skeptikal → kepada percaya.
Daripada muram → kepada boleh tersenyum.

Itulah kuasa financial planning + business advisory bila dibuat dengan serius.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *