Masa belajar sains, fizik dulu… antara benda asas yang kita kena tahu adalah beza speed dengan velocity.
🟢 Speed = berapa laju kita bergerak. Contoh: 40 m/s. (Kalau nak compare, Usain Bolt masa buat world record pun top speed dia dalam 12.4 m/s je).
🟢 Velocity = kelajuan + arah. Maksudnya bukan sekadar laju, tapi bergerak ke arah yang betul. Kalau kita lari satu round ikut balapan, lepas satu round, kita masih tempat yang sama, so velocity kita masih 0.
Kenapa saya cerita benda ni?
Sebab baru-baru ni saya dengar conversation Steven Bartlett dengan Mark Randolph, co-founder Netflix.
Mark ada cakap dia tak percaya kalau kerja keras semata-mata adalah penentu utama kejayaan.
Mula-mula bila dengar, memang rasa pelik. Sebab kita selalu dengar “hard work pays off”. Tapi bila fikir balik, ada betulnya juga.
Ramai orang kerja keras.
Hari-hari kerja, balik rumah sambung kerja, weekend pun kerja.
30 tahun kita kerja siang malam, lepas tu bersara.
Soalan dia: apa tujuan semua tu?
Adakah kerja keras kita betul-betul membuahkan hasil yang kita nak?
Boleh ke kita capai financial freedom, pergi Haji, sediakan pendidikan anak-anak, dengan hanya kerja keras tanpa arah yang jelas?
Pagi tadi, saya ada appointment dengan seorang business owner, klien saya.
Mula-mula dulu dia engage personal financial planning servis je.
Selepas setahun, dia kata nak minta guidance untuk bisnes dia sekali.
Masa saya present business gap analysis report dia, memang nampak ada beberapa area yang boleh diperbaiki untuk bisnes berkembang lebih stabil. Tapi yang lebih menarik, bila kita combine dengan financial plan peribadi dia, baru dia nampak jelas — macam mana dua-dua benda ni kena align.
Dalam kata-kata dia sendiri:
“Dulu saya buat bisnes dengan target nak untung, tiap-tiap tahun cuba naikkan revenue. Sekarang bila dah ada financial goals, baru nampak jelas apa sebenarnya nak kena buat.”
➡️ Kerja keras tanpa arah, ibarat lari keliling trek. Penat, berpeluh, tapi masih di tempat sama.
➡️ Kerja keras dengan arah yang betul, walaupun langkah kecil, tetap bawa kita makin dekat dengan destinasi.
Kerja keras memang penting.
Tapi kerja keras dengan direction yang jelas — itu lah yang membezakan antara sekadar sibuk, dengan benar-benar capai matlamat hidup.
Soalan untuk kita semua hari ni:
kita banyak bergerak ikut speed, atau ikut velocity?
