rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

🟢 Anak Bukan Punca Kita Kekal Miskin

Baru-baru ni, ada orang tulis dekat X:
“Having kids before 30 is how you stay generationally poor.”

Saya baca, saya senyum je.
Sebab bagi saya, benda tu tak semestinya betul.
Kalau ikut budaya kita, orang Melayu selalu cakap anak tu rezeki.
Dan pengalaman hidup saya sendiri memang jelas benda tu.

👶 Anak pertama — Amir (lahir 2008)
Masa tu umur saya 28, kerja PwC dengan gaji lebih kurang RM3,500.
Bila tahu wife pregnant, saya terus buat kira-kira:
Taska RM400–500 sebulan, susu, pampers, takaful hospital.
Semua sekali lebih kurang RM1,000 sebulan.

Masa tu kewangan memang rasa ketat.
Saya dan wife share belanja, tapi ratio dia lebih kurang 80-20.
Kalau betul-betul ikut budget, memang nampak stress.

Tapi saya fikir — benda ni bukan alasan.
Saya pilih untuk fokus pada apa yang saya boleh kawal.
Saya kerja lebih keras, ambil lebih banyak projek, tunjuk hasil dekat boss.
Ada masa sampai 4 projek serentak, balik kerja lewat, walaupun hati sebenarnya tak suka.

Alhamdulillah, lepas Amir lahir saya dapat promotion.
Gaji naik lebih 40% ke RM5,000.
Bonus pula hampir 7 bulan.
Masa tu, lega sangat. Kos bertambah, tapi rezeki pun Allah bukakan.

👶 Anak kedua — Ayn (lahir 2011)
Masa tu umur saya 31.
Saya baru balik dari Oman, gaji turun banyak — RM11,200 berbanding lebih kurang RM20k masa dekat sana.
Tapi kami memang plan nak anak kedua, dan wife lebih selesa dekat Malaysia.

Beberapa bulan lepas wife confirm pregnant, CEO naikkan gaji saya ke RM13,200. Sebab dia happy, benda yang patut disiapkan dalam masa setahun ie full setup of the company, saya dengan boss saya siapkan dalam 3 bulan.
Lepas Ayn lahir, boss saya pula nak berhenti.
Dia propose saya ganti tempat dia jadi Head of Division. Walaupun kerja dengan dia tak sampai satu tahun pun masa tu.
Awal 2012, saya dah naik HoD, gaji jadi RM19,000 sebulan.
Dalam masa setahun lebih, gaji naik lebih 70%.

✨ Dari situ saya belajar satu benda penting:
Anak memang rezeki.
Bukan rezeki yang jatuh dari langit, tapi rezeki yang datang dalam bentuk motivasi, peluang, push factor.

Sebab saya memang tekad satu benda dalam hati —
Dengan izin Allah, saya nak anak-anak saya rasa lebih baik dari apa yang saya rasa dulu masa membesar.

Bukan saya kata saya tak happy dengan zaman saya kecil.
Apa yang parents saya terapkan lah yang buat saya jadi siapa saya hari ni.
Tapi itu jugalah yang jadi motivasi utama saya.

Masa saya kecil, nak makan apa dapat je.
Kalau jalan-jalan pun, setiap tahun cuti-cuti Malaysia.
Belajar, ada masa kena paksa masuk tuisyen.

Untuk anak-anak saya sekarang, lain.
Makan apa pun boleh.
Umur belum setahun dah ada passport — boleh travel luar negara sampai 5–6 kali setahun.
Aktiviti, tuisyen, kelas tambahan — semua saya sediakan.

🌱 Jadi, bila orang kata ada anak awal ni punca susah atau miskin,
saya tak nampak macam tu.

Kalau kita biar diri stagnant, memang betul — anak boleh jadi extra stress kewangan.
Tapi kalau kita gunakan momen tu sebagai turning point,
anaklah sebenarnya sebab utama kita naik level baru dalam hidup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *