rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Harga Kesilapan Kewangan Saya Selama 27 Tahun”

Semalam saya ada jumpa satu pasangan muda — anak klien saya sendiri.
Menariknya, mak mereka yang bayarkan engagement financial planning untuk tahun pertama. Masa discovery session, anak perempuan tu cakap dia agak skeptical.

Katanya:

“Income pun tak banyak lagi, perlu ke ada financial planner? Apa benefit sebenarnya?”

Tapi bila kita sembang panjang, perspektif dia berubah. Dia nampak, lagi awal mereka buat keputusan kewangan yang betul, lagi besar impak untuk masa depan keluarga.

Masa tu saya teringat balik perjalanan hidup saya sendiri. Kalau dulu saya ada seseorang untuk jadi sounding board, mungkin banyak keputusan kewangan saya tak jadi begitu mahal.

Saya share dengan mereka, dan hari ni nak share juga dengan anda semua.

🚧 Kesilapan-kesilapan Kewangan Saya

  1. Umur 19 – Accident kereta sewa
    Masa belajar di US, saya dan kawan nak sewa kereta. Tapi sebab underage, terpaksa minta senior yang sewa atas nama dia. Malangnya, kami accident.
    👉 Saya kena bayar USD 5,000 (~RM19,000 waktu tu).
    Lesson: Keputusan yang dibuat tanpa fikir risiko boleh jadi sangat mahal.
  2. Umur 22 – Hutang kad kredit
    Saya kumpul hutang kad kredit sampai USD 10,000 (~RM38,000) sebab tak manage bajet, swipe tanpa kira.
    👉 Ambil masa setahun untuk bayar balik.
    Lesson: Lifestyle creep + tak ada sistem bajet = cepat hanyut.
  3. Umur 24 – Pinjaman TNB untuk laptop
    Baru mula kerja di TNB, ambil loan staff untuk beli laptop IBM harga RM6,000. Padahal tak perlu pun.
    👉 Laptop tu bukan pun banyak bantu produktiviti.
    Lesson: Just because kita boleh, tak bermaksud kita perlu.
  4. Umur 27 – Breach kontrak TNB
    Saya buat kira-kira dan putuskan nak keluar awal. Betul, tapi kalau tunggu 9 bulan lagi, saya boleh jimat RM65,000 penalti.
    Lesson: Timing matters. Kadang-kadang sabar sekejap boleh selamatkan puluhan ribu.
  5. Umur 28 – Forex trading
    Terjebak sebab nak kaya cepat. Akhirnya rugi lebih RM30,000.
    👉 Bila faham hukum & risiko, terus berhenti.
    Lesson: Jalan pintas biasanya jalan buntu.
  6. Umur 34 – Sewa office 2 tahun
    Kawan ajak buka office, saya setuju. Tapi akhirnya dia tak jadi proceed. Saya tetap kena bayar sewa RM1,600 sebulan x 24 bulan = RM38,400 untuk office yang jarang guna.
    Lesson: Jangan commit kos tetap kalau belum validate.
  7. Bisnes aircond – ‘CSR’ gagal
    Saya cuba bantu sekumpulan technician muda set up bisnes. Awalnya untung, tapi ambil satu projek sub-con yang rugi besar.
    👉 Total hangus hampir RM60,000.
    Lesson: Fokus kena jelas. Kalau main bisnes sampingan tanpa kapasiti, akhirnya makan modal sendiri.

📊 Bila Semua Kesilapan Dijumlahkan

Kalau duit-duit ni saya simpan sahaja dalam ASB 5% setahun, compounded sampai sekarang… jumlah opportunity cost dia lebih kurang RM560,000.

Separuh juta ringgit.

Itulah harga yang saya bayar untuk belajar dari kesilapan kewangan selama 27 tahun.

🌱 Apa Yang Saya Belajar

  • Kesilapan kecil yang diulang → jadi kerugian besar.
  • Lagi awal mula buat keputusan betul, lagi besar compounded effect dia.
  • Ada orang luar sebagai sounding board boleh tolong kita elak kesilapan mahal.

Hari ni, saya gunakan semua pengalaman ni bukan untuk kesali, tapi untuk bantu orang lain skip kesilapan yang sama.

Sebab itu saya cakap dengan klien muda saya semalam:

“Saya dah bayar harga untuk belajar semua ni. Awak jangan ulang. Awak boleh shortcut proses tu, dan bina masa depan dengan lebih tenang.”

InsyaAllah, itulah tujuan financial planning sebenar — bukan nak cepat kaya, tapi nak elak rugi besar.

✨ Kalau anda sendiri pernah buat keputusan kewangan yang anda rasa “mahal”, apa pengalaman paling besar anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *