rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

8 Temujanji. 8 Cerita Kewangan. 1 Minggu yang Bermakna.

Minggu lepas agak tenang — hanya 8 sesi bersama klien. Tapi setiap satu… penuh nilai dan pengajaran.

1️⃣ Klien Tahun ke-4: Dari RM 829k ➜ RM 1.32 juta

Sesi kemaskini kewangan dan semakan portfolio pelaburan. Klien ni konsisten sejak tahun pertama. Net Worth kini RM 1.32 juta berbanding RM 829k ketika mula. Kami berbincang tentang penstrukturan semula pelaburan untuk terus kekalkan momentum pertumbuhan.

2️⃣ Klien Tahun ke-5: Peralihan Portfolio Sebelum Bersara

Sudah hampir masuk fasa persaraan. Pelaburan sedia ada tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan, jadi sesi kali ini fokus kepada strategi pertukaran kelas aset — dari lebih agresif kepada lebih stabil, sesuai untuk fasa pengeluaran nanti.

3️⃣ Klien Tahun ke-4: Selesai Komitmen Besar, Fokus Persaraan

Baru sahaja selesaikan satu komitmen kewangan besar. Kini ada lebihan bulanan yang boleh disalurkan ke arah simpanan persaraan. Net Worth meningkat dari RM 5.2 juta ke RM 6.9 juta. Jika kekal konsisten, ada peluang capai kebebasan kewangan dalam masa 4 tahun lagi.

4️⃣ Klien Tahun ke-6 (Pasangan): Dari RM 400k ➜ RM 1.5 juta

Pasangan ini mula engage sejak 2019. Dulu rasa retrenchment dan gaji lebih rendah adalah satu kegagalan besar. Tapi sekarang, mereka lihat semula — itulah turning point. Net Worth gabungan meningkat lebih 3 kali ganda. Kini lebih yakin dan stabil untuk teruskan tahun ke-7.

5️⃣ Klien Tahun ke-2: Expat Buat Perancangan Balik Malaysia

Kenal melalui Facebook. Kini masih bekerja di luar negara, tapi mahu berpindah balik ke Malaysia dalam beberapa tahun. Tahun pertama fokus kepada penilaian keseluruhan. Dulu sangat agresif dalam hartanah, kini mula pertimbang untuk lepaskan sebahagiannya bagi kukuhkan cashflow. Net Worth naik RM 400k dalam setahun — hasil perubahan pendekatan.

6️⃣ Klien Baru: Pendapatan RM 500k Setahun, Tapi Masih Tertekan

Pasangan awal 30-an dengan pendapatan tinggi — hampir RM 500,000 setahun. Tapi simpanan sebenar banyak bergantung kepada EPF. Simpanan tunai rendah, dan ada masalah berlarutan dengan hutang kad kredit. Selepas fact finding, kami kenal pasti beberapa penambahbaikan: kawalan perbelanjaan, strategi pengurangan hutang, dan pelan bina simpanan aktif. Potensi mereka besar, tapi perlukan tindakan tegas dan konsisten.

7️⃣ Klien Tahun Pertama (Pasangan): Lambat Mula, Tapi Dah Ambil Langkah

Isteri pernah hubungi 3 tahun lepas, tapi baru tahun ini mereka engage. Selepas laporan kewangan dibentangkan, kedua-duanya akui — mungkin mereka lebih baik kalau mula 3 tahun dulu. Saya tekankan: yang penting sekarang dah mula. Jangan ulang kesilapan yang sama untuk 3 tahun akan datang.

8️⃣ Klien Tahun ke-2: Dari Defisit RM 90k ➜ RM 35k Setahun

Tahun lepas, klien kehilangan pendapatan utama — menyebabkan defisit tunai tahunan RM 90,000. Selepas setahun, defisit turun kepada RM 35,000. Masih perlu diperbaiki, tapi jauh lebih terkawal. Dalam sesi report, kami susun langkah tambahan untuk elakkan penambahan hutang dan stabilkan aliran tunai dalam 12 bulan akan datang.

Refleksi Mingguan:

Setiap segmen dalam bulatan ni mewakili kisah sebenar klien yang saya jumpa minggu lepas.

Ada yang tengah bersedia untuk bersara.
Ada yang baru nak mula urus kewangan secara serius.
Ada yang income tinggi tapi bergelut dengan hutang.
Ada yang rasa kehilangan kerja dulu adalah titik hitam — tapi sekarang nampak ia sebenarnya permulaan baru.

Saya kongsi ini bukan untuk tunjuk siapa “lebih berjaya” atau siapa “lebih lambat mula”. Tapi untuk tunjuk bahawa setiap orang ada cerita mereka sendiri — dan setiap cerita tu boleh jadi turning point… kalau kita berani ambil langkah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *