Itu mesej yang saya dapat daripada seorang prospek pada tahun 2021.
Dia pemilik bisnes — tapi masa tu dia kata dia nak “serah tengkuk” jadi klien personal financial planning.
Bisnes tengah slow lepas MCO.
Dia risau kewangan peribadi makin teruk.
Dia tahu kalau tak buat sesuatu, dia akan hanyut.
Macam biasa, kami mulakan dengan data.
Analisa semua yang dia ada. Tengok cashflow, hutang, simpanan, komitmen, dan exposure bisnes.
Lepas review report, saya bentangkan apa langkah-langkah yang dia perlu buat — untuk stabilkan kewangan dan kurangkan risiko.
Dia ikut. Komited.
Setahun lepas tu, dia pernah cakap — dia terfikir nak tutup bisnes.
Rasa macam tak ke mana, walaupun dah bertahun-tahun buat.
Masa tu dia dah register jadi REN pun.
Tapi lepas sesi perbincangan (dan sesi luahan juga), dia buat keputusan untuk teruskan bisnes sedia ada.
Fast forward ke hari ini —
Kami masih jumpa setiap bulan.
Sekarang, sesi kami bukan sekadar tentang kewangan peribadi.
Kita bincang juga tentang bisnes dia:
struktur team, marketing, aliran tunai, operasi, strategi growth.
Revenue bisnes dari tahun 2022 sampai sekarang — dah naik hampir 3 kali ganda.
Profit pun makin baik.
Tapi yang menarik, cukai syarikat masih lebih kurang sama macam tahun 2022.
Sebab kami buat tax planning secara konsisten — supaya duit tak bocor tanpa sebab.
Dua bulan lepas, dia rasa penat sangat.
Rasa kerja makin banyak, tapi “tak nampak hasil”.
Jadi kami audit semula — dan bandingkan semula dengan tahun lepas.
Hari ni, dia akui — memang ada progress besar.
Revenue on track.
Profit stabil.
Risiko bisnes masih ada — tapi semua ada mitigation plan.
Sekarang ni kita tengah fokus untuk scale dengan lebih sistematik dan lebih efisien.
Dia jenis yang kalau nak sesi, memang siap list panjang soalan.
Tapi setiap kali jumpa, alhamdulillah semua dapat dijawab dan dia rasa lega.
Satu masa dulu, dia risau sangat pasal kos yang syarikat kena tanggung sebab halatuju strategik yang dia nak buat.
Accountant dia bagi worksheet — tunjuk kononnya kos tu ‘dah “terlebih”
Saya semak, dan terus nampak kiraan tu ada silap.
Saya minta dia refer balik dekat accountant.
Hari ni, dia bawa worksheet yang dah dikemaskini.
Dah betul.
Accountant dia siap tanya:
“Advisor kau ni buat accounts ke?”
Sebab dah beberapa kali saya detect silap dalam worksheet dia.
Saya senyum je.
Saya bukan akauntan.
Tapi sebagai perancang kewangan, saya memang kena faham accounting — cukup untuk bantu klien buat keputusan yang tepat dan elak kebocoran.
Jangan suruh saya buat company accounts — confirm ke laut.
Tapi kalau nak pastikan duit tak bocor dan keputusan tak sumbang — insyaAllah saya boleh bantu.
