Hari ni saya ada sesi review tahun kedua dengan seorang klien yang dah mula engage servis financial planning dari pertengahan tahun 2023.
Bila dia mula engage saya tahun lepas, objektif utama dia jelas:
β
Nak urus aliran tunai dengan lebih baik
β
Nak selesaikan masalah hutang yang makin menimbun
Masa tu, situasi dia memang kritikal.
πΈ Cashflow negatif βRM31,912 setahun
π³ Hutang kad kredit: RM62,589 β semua kad dah maksimum
π Komitmen bulanan: RM6,217 β hampir 60% daripada gaji kasar
Bila saya teliti, isu terbesar dia sebenarnya bukan kurang duit β tapi lifestyle creep.
Nak sangat capai βlife goalsβ cepat.
π Beli kereta idaman
π± Gadget mahal
π Shopee tiap minggu
π¦ Guna “Buy Now Pay Later” sampai limit
Lepas 2 tahun engage, alhamdulillah β banyak improvement:
β
Cashflow hampir seimbang (βRM976 je setahun)
β
Baki kad kredit tinggal RM15,020 (itu pun RM8,000 tunggu claim company)
β
Komitmen bulanan dah turun ke RM4,819
β
Networth naik ke RM265,444
Hari ni kami bincang langkah seterusnya.
Saya cadangkan untuk fokus habiskan baki kad kredit dulu, sebelum mula simpan dana kecemasan. Sebab interest kad kredit jauh lebih tinggi daripada pulangan simpanan biasa macam ASB.
Dia pun dah buat keputusan untuk mula ubah gaya hidup:
π Nak potong bil telefon pergi kepada plan yang lebih murah
π΅ Tak beli gadget baru selepas habis bayar gadget yang ada (last payment akhir bulan ni)
π Kurangkan beli barang online dan stop guna buy now pay later sampai dah habis bayar semua yang masih pending
Bila semua term loan & hutang kad kredit settle nanti dalam masa 2 tahun lagi, saya tunjukkan dekat dia yang dia boleh ada lebihan tunai sekitar RM3,500 ke RM4,500 sebulan.
Kalau dia simpan konsisten + campur bonus tahunan, dalam 5 tahun boleh capai simpanan RM300k ke RM450k. Dan semua benda ni dia boleh capai by umur 40 tahun kalau dia betul-betul berdisiplin.
Mula-mula dia macam tak percaya.
Katanya macam mimpi sebab dulu nak cukupkan bulan pun struggle.
Tapi lepas saya breakdown kiraan satu-satu, dia nampak harapan tu.
Dia mula nampak jalan.
Dan bila harapan dah mula muncul, semangat pun datang balik.
Kadang kita rasa hidup ni stuck sebab tengok keadaan sekarang. Tapi bila ada plan, ada panduan dan ada usaha β benda yang kita sangka mustahil tu, sebenarnya boleh sangat dicapai.
Kalau ada yang tengah rasa sesak, mungkin apa yang kita perlukan bukan lebih duit β tapi lebih kesedaran dan hala tuju.
